Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez akhirnya tunduk kepada 
desakan penyokong The Blues apabila mengesahkan, dia akan meninggalkan 
kelab tersebut hujung musim ini.
Benitez menjadi sasaran kritikan sesetengah penyokong Chelsea sejak 
dia dilantik menggantikan tugas Roberto Di Matteo, November lepas.
Walaupun Chelsea berjaya menewaskan Middlesbrough 2-0 awal pagi 
semalam untuk mara ke suku akhir Piala FA di samping turut melangkah ke 
pusingan kalah mati Liga Europa namun ia bukan alasan kuat untuk memujuk
 hatinya yang terluka.
Benitez yang dilantik menguruskan kelab London itu untuk sementara 
waktu dalam sidang akhbar semalam mengakui, kritikan yang diterimanya 
daripada sesetengah penyokong The Blues telah memaksanya melupakan 
hasrat untuk menggalas jawatan tersebut secara kekal.
“Saya telah berada dalam arena bola sepak sejak 26 tahun lalu,” katanya selepas kejayaan ke atas Middlesbrough semalam.
“Saya telah memenangi gelaran Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia 
FIFA, Piala FA, Piala Super Itali, Liga Sepanyol dua kali dan merangkul 
sembilan trofi yang ada di peringkat saingan kelab.
“Tetapi ada sekumpulan penyokong yang tidak banyak membantu kelab ini
 apabila mereka terus mengutuk dan sanggup menyiapkan kain rentang untuk
 saya,” katanya.
Benitez juga menyalahkan pihak pengurusan Chelsea kerana menawarkannya kontrak sebagai pengendali sementara.
“Semuanya kerana kesilapan seseorang. Mereka lantik saya sebagai 
pengurus sementara dan beritahu saya akan meninggalkan kelab ini hujung 
musim nanti.
“Jadi penyokong pun mula mencari pasal dengan saya.“Mereka harus beri sokongan kepada pasukan, itu yang patut mereka 
buat. Tetapi mereka tidak membantu langsung kelab ini, penyokong Chelsea
 yang lain dan juga pemain kelab ini.
“Kalau kami tidak mencapai sasaran iaitu menduduki kelompok empat 
pasukan teratas dan beraksi di Liga Juara-Juara musim depan, saya akan 
pergi dari sini.
“Saya seorang pengurus dan saya yang menentukan pasukan ini. Saya akan pilih siapa yang saya mahu dan akan buat keputusan.
“Selepas ini saya akan pergi juga kerana saya di sini hanya sementara
 seperti yang mereka mahukan. Jadi mereka hanya membuang masa sahaja,” 
jelasnya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 Pengulas Sukan:
Follower #36.
Ohh dia akan pergi...
Catat Ulasan