Spekulasi bahawa Jose Mourinho bakal kembali ke Chelsea semakin 
meningkat selepas jurulatih kelahiran Portugal itu memberi isyarat, 
seandainya memilih untuk meninggalkan Real Madrid dia mungkin akan pergi
 ke destinasi yang pernah dinaungi sebelum ini. 
Mourinho menegaskan, dia belum memutuskan untuk meninggalkan Real 
seperti yang digembar-gemburkan oleh media Sepanyol tetapi spekulasi 
bahawa dia akan meninggalkan Santiago Bernabeu pada hujung musim ini 
semakin bertiup kencang. 
Jurulatih yang terkenal dengan jolokan The Special One itu kini berada bandar kelahirannya, Setubal, di mana dia melancarkan pameran kerjaya bola sepaknya. 
Ketika bercakap kepada wartawan tempatan di sana, Mourinho sekali lagi masih berteka teki mengenai masa depannya.
Namun mengakui berdepan kesukaran untuk berpindah ke destinasi yang 
asing, sebaliknya hanya akan kembali ke tempat yang pernah dinaungi jika
 meninggalkan Madrid. 
"Sesuatu mungkin akan berlaku dan tiada siapa yang dapat membayangkan."Semua orang tahu bahawa saya adalah jenis yang sukakan cabaran 
tetapi untuk keluarga saya perkara itu tidak mudah, jadi kita tengok 
sahaja bagaimana. 
"Tidak mudah hendak mencari destinasi baharu yang masih asing buat 
kami, saya seronok berada di Portugal, England, Itali dan Sepanyol, jadi
 mungkin saya akan mengulangi karier saya di tempat-tempat ini," 
katanya.[sumber]
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan