1 Mei 2013

Benitez Fokus Basel sebelum United

Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez menuntut anak-anak buahnya supaya lebih fokus ketika berdepan kelab Switzerland, FC Basel dalam aksi separuh akhir kedua Liga Europa di Stamford Bridge awal pagi Jumaat ini.


Meskipun bakal berdepan Manchester United di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana England dua hari selepas itu (Ahad), Benitez lebih menguta- makan misi mara ke final kempen Liga Europa dalam usaha mendakap sekurang-kurangnya satu trofi musim ini.

Ketika ini, The Blues mendahului Basel menerusi agregat 2-1 selepas melakar kemenangan selesa di tempat lawan minggu lalu.

Biarpun berusaha memburu slot automatik ke kempen Liga Juara-Juara musim depan, Benitez menegaskan, aksi berdepan Basel lebih diutamakannya.

"Usaha menempatkan pasukan dalam kelompok empat pasukan terbaik liga bakal berlangsung sehingga penghujung musim.

"Tiga mata dilihat cukup penting dalam saingan liga, cuma pada masa sama momentum kemenangan juga tidak boleh dipinggirkan sebegitu sahaja.

"Jadi, kami perlu bersedia ketika berdepan Basel sebelum kembali fokus ketika berdepan United nanti," kata Benitez.

Untuk rekod, The Blues yang mengatasi Swansea 2-0, Ahad lalu kini di tangga ketiga dengan 65 mata. Mereka ketinggalan 20 mata di belakang United yang telah pun dinobatkan selaku juara Liga Perdana England musim ini.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...