30 Mac 2013

Chelsea kejar tempat kedua

Rafael Benitez menegaskan, Chelsea masih boleh meraih kedudukan kedua dalam Liga Perdana Inggeris menjelang kunjungan mereka ke Southampton, hari ini yang menandakan permulaan perjuangan The Blues.

 
Skuad bimbingan Benitez yang kini menghuni tempat ketiga cuba meningkatkan tekanan ke atas Manchester City, yang memiliki kelebihan lima mata di kedudukan kedua sekiranya mereka menang di St. Mary.

Pertemuan dengan Southampton merupakan yang pertama daripada enam perlawanan dalam tempoh 16 hari buat Chelsea, dengan pertemuan ulangan suku akhir Piala FA menentang Manchester United hanya berlangsung 48 jam selepas itu.

Jadual padat menguji skuad Benitez hingga ke tahap maksimum tetapi warga Sepanyol itu berkata: "Lebih baik menghadapi masalah ini daripada hanya menyaksikan perlawanan di televisyen. 

"Sekurang-kurangnya anda masih lagi bersaing."Bertemu pasukan di kedudukan teratas dalam bulan terakhir musim ini ialah apabila anda berjuang untuk perebutan trofi. 

"Kami masih berpeluang dan ini satu berita yang positif."Pada peringkat ini, anda perlu melakar kemenangan dan kemudian anda boleh memenangi trofi," katanya.Chelsea memiliki kelebihan satu mata di depan Tottenham sebelum liga berhenti rehat bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa, dengan Arsenal hanya tercicir empat mata di tangga kelima.

Pertarungan bagi mengisi slot ke Liga Juara-Juara menjadi bertambah sengit dalam tempoh beberapa minggu akan datang, tetapi sementara Benitez memantau ancaman dua kelab dari utara London itu, dia masih mengekalkan fokusnya terhadap City.

"Saya mahu melihat jika kami mampu merapatkan jurang, tetapi saya yakin mereka juga memandang berat mengenai perkara ini seperti mana kami bimbangkan tentang Tottenham, Arsenal dan Everton.

"Dalam beberapa minggu ini, kami berlatih dengan baik sekali, begitu juga dengan persaingan yang kami terima. Jadi, jika anda mampu mengekalkan momentum, saya tidak bimbang tentang ancaman pasukan lain. Saya cuma perlu memantau Manchester City," kata Benitez.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...