21 Februari 2013

Liga Europa: Chelsea elak musibah kali kedua

Penyandang juara Liga Juara-Juara, Chelsea akan mengetuai senarai empat wakil England dalam misi menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik pada kempen Liga Europa awal pagi esok.


Chelsea akan turun menentang kelab dari Republik Czech, Sparta Prague di Stamford Bridge dengan berbekalkan kelebihan satu gol selepas menang tipis 1-0 dalam aksi pertama di gelanggang lawan minggu lalu.

"Kami masih memberi perhatian untuk menang dalam perlawanan itu nanti kerana ketika ini kami berada dalam prestasi terbaik," kata pemain tengah Chelsea, Frank Lampard.

Terdahulu, Chelsea mencatat sejarah selaku juara bertahan pertama tersingkir pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Skuad The Blues itu kini berusaha untuk memulihkan kembali reputasi mereka dalam kempen Liga Europa.
"Amat sukar untuk menumpukan kepada saingan Liga Europa selepas kami tersingkir pada peringkat awal Liga Juara-Juara musim ini.

"Bagaimanapun, Liga Europa tetap salah satu pertandingan yang hebat dan kami akan tetap bersaing untuk mencapai keputusan terbaik," kata Lampard.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...