7 Mei 2013

Benitez: Kalahkan Spurs

Benitez menggesa supaya anak buahnya menewaskan Tottenham Hotspur pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi Khamis ini.


Menurutnya, kemenangan akan menjamin laluan The Blues ke kempen Liga Juara-Juara Eropah, musim hadapan.

Ketika ini, Chelsea menghuni tangga ketiga liga mengumpul 68 mata, manakala Spurs di tangga kelima ketinggalan tiga mata.

"Perbezaan gol antara Chelsea dengan pasukan lain sangat besar, jadi jika pasukan berjaya menewaskan Tottenham, kami akan berada dalam zon selesa dengan dua baki perlawanan.

"Ia ibarat final bagi kedua-dua pasukan, namun tiada sebarang tekanan dapat dilihat. Kami akan cuba untuk menang dan memberikan yang terbaik," katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...