13 Mac 2013

Benitez inspirasi kami: Mikel

Rafa Benitez melalui detik yang sukar sejak mengambil alih jawatan pengurus sementara Chelsea dari Roberto Di Matteo beberapa bulan lalu.


Beliau kerap diejek penyokong The Blues walaupun anak buahnya bermain di Stamford Bridge, menunjukkan bahawa penyokong enggan beliau terus menerajui kelab tersebut.

Namun, pemain tengah, John Obi Mikel menegaskan, Benitez adalah punca mereka bangkit mencatat keputusan seri ketika menentang Manchester United pada saingan suku akhir Piala FA, Ahad lalu.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan yang  berpangkalan di London itu seri 2-2 dengan United walaupun ketinggalan 0-2 sejak awal permainan.

“Benitez hanya beritahu kami perlu bangkit dan mendapatkan keputusan yang baik. Beliau langsung tidak marah dan berbual seperti biasa.

“Semua ini adalah tentang mencari kekuatan dan keazaman dan kami berjaya menemuinya,” kata Mikel.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...