Pemain Chelsea, Branislav Ivanovic mengemukakan 
kenyataan terbuka kepada pasukannya bahawa musim ini The Blues bermain 
dengan teruk dan memberi amaran bahawa masa sedang berjalan dengan 
pantas dan sudah sampai ke penghujungnya.
Pemain kelahiran Serbia ini turut mengakui mutu permainan The Blues 
belum mencapai standard yang sewajarnya dan risau mengenai persiapan 
Chelsea dalam pertemuan suku akhir Piala FA menentang United di Old 
Trafford, tengah malam ini.
Ivanovic bimbang sekiranya perkara ini dibiarkan begitu sahaja ianya 
akan menjadi lebih teruk kepada Chelsea melainkan setiap pemain 
mendapatkan kembali  semangat juang semasa Chelsea menjadi juara Eropah 
berapa tahun lalu.
Ivanovic berkata demikian semasa kekalahan Chelsea yang ke-13 musim ini
 selepas tewas 0-1 kepada Steaua Bucharest Khamis lepas dalam perlawanan
 Liga Europa.
Ini bermakna The Blues kalah sebahagian daripada keseluruhan perlawanan dan perkara ini  diakui sendiri oleh Ivanovic
“Kita kena jujur antara satu sama lain dan mengakui bahawa terdapat 
banyak perkara yang tidak berjalan sepertimana yang dirancang. Kita 
tidak bermain di tahap yang kita fikir kita mampu dan perkara ini 
menjadi satu kebiasaan bagi kami dan kami kena mengubah sesuatu perkara 
dengan pantas.
“Masa sudah sampai ke penghujungnya jika kami mahu menamatkan musim ini
 pada kedudukan tertinggi dan jika benar kita mahu berubah kita  kena 
kena tunjukkan sedikit kekuatan dan bermain sebagai sebuah pasukan yang 
menentang,” katanya.
Katanya, Chelsea sekarang ketinggalan 19 mata di belakang Manchester 
United dan jurang ini menunjukkan Chelsea menamatkan musim ini dengan 
kedudukan yang teruk.
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan