Nama bekas pengurus England, Fabio Capello kembali 
dikaitkan untuk mengendalikan pasukan Chelsea selepas peminat The Blues 
tidak menggemari corak kendalian Rafa Benitez.
Capello, 66, kini melatih skuad bola sepak kebangsaan Rusia menjadi sasaran pemilik kelab, Roman Abramovich.
Jika perkara ini berlaku, ia seakan mengulangi sejarah lalu di mana 
Guus Hiddink dilantik sebagai pengurus pada 2009 dengan Abramovich 
menyediakan subsidi kepada FA Rusia dalam soal pembayaran gaji.
Begitu pun, jodoh  Hiddink dengan Chelsea tidak berkekalan kerana 
beliau mahu memberikan sepenuh komitmen bersama pasukan Rusia.
Penyenaraian Capello berpunca kegagalan Rafa membimbing pasukannya 
melangkah lebih jauh kejohanan Piala FA akibat kecundang di tangan 
Everton, baru-baru ini.
Walaupun belum ada sebarang jawapan daripada pihak Capello, namun dia 
menyatakan hasratnya sedia mengemudi sebuah kelab di Liga Perdana 
Inggeris.
Cuma, beliau enggan menyatakan secara terperinci perkembangan terbaru 
ini kerana sibuk dengan tugasan antarabangsa membawa Rusia layak ke 
pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan