Rafael Benitez menegaskan, kegagalan pengadil membuat dua keputusan 
yang tepat menjadi punca kekalahan 1-2 Chelsea kepada Manchester City 
dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley kelmarin.
Pada aksi tersebut, City yang mendominasi permainan, mendahului 2-0 menerusi jaringan Samir Nasri dan Sergio Aguero sebelum The Blues merapatkan kedudukan hasil jaringan Demba Ba minit ke-66.
Apa yang mengecewakan Benitez, Aguero terlepas hukuman daripada 
pengadil selepas memijak pertahanan Chelsea, David Luiz manakala 
tindakan pemain pertahanan, Vincent Kompany tidak mendapat perhatian 
pengadil untuk menghadiahkan penalti kepada The Blues walaupun jelas dia mengasari Fernando Torres di dalam kotak penalti.
Pengurus sementara Chelsea itu berkata: "Adakah ia sepatutnya penalti? Ya, jelas sekali. 
"Keputusan pengadil yang enggan memberi penalti kepada kami menjadi 
punca utama kekalahan kami, malah Vincent Kompany juga sepatutnya 
dibuang padang.
"Kamu boleh gambarkan sendiri situasi tersebut. Ada dua keputusan yang teruk dibuat oleh pengadil pada babak kedua.
"Kami beraksi menentang sebuah pasukan yang bagus. Jika mereka menjaringkan satu lagi gol, permainan ini mungkin sudah berakhir.
"Namun, kami terus mencuba dan memiliki peluang kembali semula dalam 
permainan, jadi keputusan pengadil ini banyak memainkan peranan."
Benitez juga mendedahkan bahawa kemasukan Torres telah memberinya 
harapan untuk melihat Chelsea bangkit dalam pertemuan tersebut.
"Saya hanya kecewa dengan keputusan (pengadil) ini sahaja. Apabila Fernando masuk, pasukan kami beraksi lebih bertenaga.
"Kalau kamu lihat persembahan kami pada babak kedua, kamu boleh lihat
 bahawa semua pemain ini mampu beraksi dengan baik dalam baki saingan 
musim ini.
"Kamu boleh lihat sendiri yang kami memiliki tenaga, kualiti dan juga keinginan melakukannya," katanya.[kosmo]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan