17 Mac 2013

Hazard yakin Blues cemerlang

Eden Hazard mengaku Chelsea tidak boleh melakukan kesilapan demi terus mengekalkan misi layak ke Liga Juara-Juara.


Skuad Rafael Benitez yang menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris, turun menentang West Ham malam ini dan kemenangan mampu melebarkan jurang dengan Arsenal di tangga kelima selain menghampiri Tottenham di tangga ketiga.

Sebaik Chelsea melakukan sepak mula, mereka mungkin dua mata di depan Arsenal jika Gunners menewaskan Swansea dan Hazard sedar tekanan pasti memuncak jika pasukannya tewas di tangan Hammers.“Kami perlu mengutip tiga mata Ahad ini, kami perlu menang perlawanan ini,” kata Hazard.

“Chelsea sebuah kelab yang besar. Kami mahu menang gelaran dan layak ke Liga Juara-Juara. Banyak yang perlu dilakukan tapi kami cuba lakukan semuanya.” Selepas dikecam penyokong Chelsea sejak awal musim, pengurus sementara Benitez masih gagal meraih keyakinan penyokong setia Stamford Bridge jika dilihat kepada tempat duduk kosong dan suasana hambar yang menghiasi kemenangan ke atas Steaua Bucharest dalam aksi Liga Europa, Khamis lalu.

Biarpun suasana tegang menyelubungi Chelsea, pasukan itu masih berpeluang menjuarai Liga Europa dan Pial FA.

Mereka menentang Manchester United pada perlawanan ulangan suku akhir Piala FA dan menentang Rubin Kazan di suku akhir Liga Europa. Ini bermakna anak buah Benitez akan melalui enam perlawanan dalam tempoh 16 hari.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...