8 April 2013

Tiga syarat Mourinho bimbing The Blues

Media Inggeris melaporkan, Jose Mourinho meletakkan beberapa syarat sebelum mahu kembali membimbing kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.


Mourinho yang kini mengemudi pasukan Real Madrid di Sepanyol mahu pengurusan tertinggi The Blues melanjutkan kontrak pemain tengah, Frank Lampard dan merebut slot ke Liga Juara-Juara, musim depan.

Tindakan Mourinho bukan sekadar main-main memandangkan beliau hadir ke Stamford Bridge pada 26 Mac lalu bagi menyaksikan perlawanan persahabatan antara Brazil menentang Rusia hasil undangan Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF).

Sementara itu, beliau juga meminta gaji RM55 juta setahun dan difahamkan rundingan tersebut sudah dilakukan sebelum Mourinho setuju bergabung dengan Chelsea.

Untuk rekod, jurulatih yang digelar The Special One itu memenangi empat gelaran liga utama dunia  bersama empat pasukan berbeza iaitu, Porto (2003 dan 2004), Inter Milan (2009 dan 2010) dan Real Madrid (2012).

Bersama Chelsea, beliau menghadiahkan gelaran EPL sebanyak dua kali pada 2005 dan 2006, Piala FA (2007), Piala Liga (2005 dan 2006) dan Perisai Komuniti (2005).

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...