Penyerang Liverpool, Luis Suarez digantung 10 perlawanan oleh 
Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris atas kesalahan melakukan keganasan 
dengan menggigit pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.
Suarez menerima pertuduhan melakukan keganasan selepas insiden yang 
berlaku dalam perlawanan Liga Perdana di Anfield yang berkesudahan seri 
2-2, namun mempersoalkan pandangan FA bahawa dia patut digantung lebih 
daripada 3 perlawanan atas kesalahannya.
    Suruhanjaya Bebas 
yang bersidang di London semalam untuk membuat keputusan mengenai tempoh
 penggantungan sesuai buat penyerang antarabangsa Uruguay itu menambah 
tujuh perlawanan sebagai tambahan kepada tiga yang lazimnya dijatuhkan 
untuk kesalahan melakukan keganasan.
    Penggantungan berkuat 
kuasa serta-merta bermakna Suarez akan terlepas empat aksi perlawanan 
terakhir dan enam perlawanan pertama liga musim depan.
    Liverpool, yang terkejut dengan keputusan berkenaan, mempunyai masa sehingga Jumaat ini untuk membuat rayuan.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan