14 April 2013

Chelsea sedia sambut Mourinho

 JOSE Mourinho hampir pasti kembali ke Chelsea selepas kelab itu mengalu-alukan kedatangannya ke Stamford Bridge.


Pengerusi The Blues, Bruce Buck berkata pihaknya sedia mengadakan rundingan dengan pengendali Real Madrid itu.

Mourinho pula dikatakan bersedia meninggalkan Madrid, dan Chelsea antara destinasi terbarunya.

“Saya bersikap terbuka dan bersedia berbincang dengan Mourinho. Namun, buat masa ini kami belum bersemuka.

“Pengurusan kelab ada pendapat masing-masing mengenai pengganti Rafa (Rafael Benitez) dan sudah tentu pemilik kelab Roman Abramovich juga punya pilihan sendiri.

“Cuma buat masa ini tumpuan kami adalah menghadapi baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL),” katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...