23 April 2013

Suarez arnab yang memalukan!

Baik dan buruk semuanya ada pada Luis Suarez, dan diperlihatkannya kelmarin apabila menggigit lengan tonggak pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic sebelum meledak gol penyamaan pasukannya ketika seri 2-2 pada perlawanan itu.


Pengadil, Kevin Friend tidak melihat kejadian yang berlaku pada minit ke-66 itu ketika kedua-dua pemain itu berebut bola dalam kawasan penalti ketika Liverpool ketinggalan 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu.

Namun tonggak antarabangsa Uruguay itu yang digantung tujuh perlawanan kerana menggigit lawan ketika bersama kelab Belanja, Ajax Amsterdam, akan berdepan penggantungan sebaik saja insiden itu diteliti semula.


Mohon maaf

Persatuan Bola Sepak England (FA) mengesahkan akan membuat siasatan terhadap kejadian itu, bermula dengan berbincang dengan Friend untuk mengetahui sama ada pengadil itu menyaksikannya atau tidak.

Bagaimanapun, Suarez melalui laman Twitter miliknya tampil meminta maaf, manakala pengurus Liverpool, Brendan Rodgers dan Pengarah Urusan kelab, Ian Ayre jelas mengecam tindakan itu.

“Saya amat menyesal dan mahu meminta maaf terhadap tingkah laku saya pada perlawanan menentang Chelsea,” kata Suarez. “Saya sudah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan cuba menghu-bungi Branislav Ivanovic untuk bercakap dengannya secara peribadi.”

“Saya juga memohon maaf kepada pengurus, rakan sepasukan dan semua orang dalam Kelab Bola Sepak Liverpool kerana mengecewakan mereka,” katanya.

Memalukan

Rodgers pula berkata: “Selepas melihat video insiden itu dan bercakap dengan Luis, tindakannya itu tidak boleh diterima dan saya sudah tegaskan kepadanya.”

Pengurus sementara Chelsea, Rafa Benitez enggan mengulas kejadian itu namun tindakan Suarez itu turut mendapat kritikan daripada bekas kapten The Reds, Graeme Souness.

“Saya tidak pasti apa nak kata mengenainya,” kata Souness. “Memalukan. Dia membuatkan dirinya jadi sukar untuk terus kekal di Liverpool.

Paling penting adalah menjaga nama baik kelab kerana Liverpool terkenal di seluruh dunia dan ramai yang bercakap perkara ini dalam tempoh yang lama.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...