15 Mei 2011

Ancelotti tidak gentar

LONDON: Carlo Ancelotti (gambar) khuatir sama sama ada pasukan itu mampu menamatkan musim dengan penuh bergaya tetapi tumpuan di Stamford Bridge kini terarah kepada masa depan pengurus itu daripada sasaran pasukan untuk meraih naib juara.

Impian Blues memburu gelaran musnah di Old Trafford hujung minggu lalu apabila tewas 2-1 kepada Manchester United, mencerahkan peluang pasukan Alex Ferguson untuk menggenggam trofi kejuaraan.

Kempen yang sukar buat kelab itu dibantu kebangkitan saat akhir tetapi kemerosotan Chelsea di pertengahan musim benar-benar menjejaskan peluang meraih gelaran dan wujud spekulasi bahawa jurulatih kelahiran Itali itu bakal kehilangan kerjanya.
Kapten kelab, John Terry menyuarakan sokongannya terhadap pengurus terbabit tetapi pemilik Chelsea, Roman Abramovich dikatakan bersedia melakukan perubahan dan kunjungan Newcastle bakal menyaksikan perlawanan terakhir pengurus itu di tempat sendiri sepanjang dua tahun mengemudi kelab itu.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku terhadap masa depan saya tetapi saya tidak gentar,” kata Ancelotti. “Saya diam dan bertenang. Saya sudah katakan beberapa kali tetapi jika ada sesuatu terjadi saya akan mencari penyelesaian tanpa mewujudkan masalah.

“Ia bukan musim yang mudah. Anda perlu menangani detik suka dan duka. Dalam bola sepak anda perlu menguruskan segala-galanya.

“Detik buruk pasukan ini terlalu lama. Pada satu ketika kami fikir ia akan segera berakhir tetapi inilah bola sepak,” katanya.

Dengan kehilangan gelaran itu, pengurus itu kini mensasarkan tempat kedua dan akan menentang Newcastle dengan pasukan yang cukup cergas, melainkan pertahanan Jose Bosingwa dan Ryan Bertrand yang tidak dapat beraksi.
“Kami tidak perlu berfikir mampu memenangi gelaran itu lagi. Matlamat kami ialah berada di tempat kedua.

“Kami mempunyai keupayaan untuk menewaskan Newcastle. Inilah motivasi buat pemain iaitu bermain dengan baik dan bangkit selepas aksi buruk menentang United.

“Ia bukan minggu yang mudah kerana kami tewas sebelum ini. Sebelum perlawanan menentang United, semuanya baik. Kini sasaran kami sudah berubah tetapi tempat kedua juga cukup penting. Kami perlu melakukan yang terbaik untuk mencapai posisi itu,” katanya[metro]

2 Pengulas Sukan:

syuxer berkata...

agak2 bro sapa yang boleh gantikan ancelotti ni..aku rasa zola kot dia tau budaya chelsea..manala tau impaknya cam kenny daglish

arituarini berkata...

tak tau la bro..dengar2 memang zola..tp jd pembantu je..yg guus hidink tk nak pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...