17 Mei 2011

Ancelotti masih menaruh harapan

LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti masih belum mengetahui sama ada khidmatnya akan diperlukan di Stamford Bridge musim depan atau sebaliknya.Kelmarin, Ancelotti menyertai para pemain pasukan itu untuk acara tradisi mengelilingi stadium pada aksi terakhir di laman sendiri musim ini setelah skuad The Blues sekadar seri 2-2 dengan Newcastle United.Dengan masa depannya yang belum diputuskan, Ancelotti turut tidak pasti lambaian ke arah para penyokong Chelsea itu merupakan ucapan selamat tinggal atau tidak selepas dua musim membimbing kelab gergasi England itu.

Musim ini, Chelsea gagal memenangi sebarang kejuaraan biarpun pada musim lalu Ancelotti berjaya menghadiahkan trofi Liga Perdana England dan Piala FA kepada pemilik kelab, Roman Abramovich.
Justeru itu, Abramovich dikatakan sudah bersedia untuk melantik jurulatih Turki, Guus Hiddink yang pernah menjadi pengurus sementara Chelsea pada 2009.
Selain itu, bekas jurulatih Barcelona, Frank Rijkaard turut dikaitkan sebagai pengganti Ancelotti.
"Setiap orang boleh memberi pendapat mereka tentang kedudukan pengurus kelab ini. Tapi akhirnya hanya kelab sendiri yang akan membuat keputusan dan menilai hasil kerja saya.
"Andai kelab berasakan saya telah melakukan yang terbaik, saya akan kekal. Jika sebaliknya, saya perlu melepaskan jawatan ini.
"Bagi pendapat peribadi, saya rasa kadang-kala telah melakukan tugas dengan baik. Buat masa ini, belum ada sebarang pertemuan dirancang dalam masa terdekat," kata Ancelotti.
Pengendali dari Itali itu memberitahu, nasibnya akan diketahui sejurus selepas perlawanan terakhir liga musim ini bertemu Everton pada Ahad ini.
"Saya tak tahu apa yang akan berlaku. Hanya tunggu dan lihat dalam tempoh seminggu lagi," jelas Ancelotti.[kosmo]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...