8 Mei 2011

Pertembungan hidup mati Ancelotti



ANCELOTTI (depan) berhadapan risiko ‘hidup atau mati’.



LONDON – ‘Maut’ menanti pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti.Dia perlu membimbing Chelsea mencatat kemenangan ke atas Manchester United pada aksi penentu gelaran Liga Perdana England malam ini.
Jika The Blues itu gagal, Ancelotti bakal dipecat.
Pengurus dari Itali itu akan menerima akibat daripada kegagalan Chelsea yang gagal memenangi sebarang trofi musim ini.

Musim lepas, mereka merangkul gelaran berganda buat kali pertama dalam sejarah 106 tahun kelab tersebut.
Ancelotti mengakui: “Bukan sesuatu yang ganjil untuk memikirkan bahawa kelab ini boleh berubah.
“Setiap kelab ada kemungkinan untuk menukar pengurus mereka pada hujung musim, jika mereka mahu.
“Saya telah memaklumkan bahawa saya tiada masalah mengenainya. Saya telah cuba sedaya upaya. Namun kelab ini juga harus mengambil kira pencapaian saya.
“Kalau mereka rasa saya menjalankan tugas dengan baik, saya akan kekal. Jika mereka tidak gembira, mereka boleh tukar saya.
“Lebih bagus kalau saya kekal di sini, tetapi buat masa sekarang saya tidak mahu beri komen lanjut,” katanya.
Chelsea mampu merampas gelaran pendahulu dari tangan United sekiranya menang pada pertemuan di Old Trafford, malam ini.
Ia bakal mencerahkan lagi peluang untuk mempertahankan gelaran tersebut, sekali gus mempamer kebangkitan luar biasa pada separuh kedua saingan musim ini di mana mereka ketinggalan 15 mata di belakang the Red devils.[kosmo]

*boleh  bro..chelsea boleh menang..tapi kena kerja keras nak tumbangkan Man.utd ...smoga brjaya

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...