5 Mei 2011

Pengadil dunia adili United vs Chelsea

Howard Webb



BEKAS pengadil perlawanan akhir Piala Dunia, Howard Webb disahkan mengadili perlawanan genting antara

Manchester United dan Chelsea, Ahad ini.

Ketika mengadili pertembungan akhir di Afrika Selatan antara Sepanyol dan Belanda, Webb melayangkan 14 kad kuning termasuk satu kad merah.


Tindakan beliau turut mencetuskan kontroversi pada aksi Piala FA antara Liverpool dan United kerana menghadiahkan penalti kepada Red Devils selepas Dimitar Berbatov terjatuh dalam petak penalti dan mengarahkan Steven Gerrard keluar padang.

Bekas pengadil perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2010 itu, turut dibantu Darren Cann dan Mike Mullarkey, juga pembantu pengadil perlawanan akhir Piala Dunia tahun lalu [KOSMO]

*janji pengadil tak sangkak..

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...