7 Mei 2011

Ujian the Blues

pix_gal0

  Essien-semangat membara untuk memintas United menjadi bekalan penting malam esok. ..

CHELSEA sudah membuktikan keajaiban dan malam esok, satu lagi misi penting mahu dilakar anak buah Carlo Ancelotti apabila berdepan Manchester United di Old Trafford.
Daripada kempen kurang meyakinkan termasuk beberapa keputusan terburuk dalam sejarah kelab itu sejak sedekad lalu yang hampir memusnahkan peluang mempertahankan kejuaraan apabila ketinggalan 15 mata di belakang United 1 Mac lalu, Blues bangkit mengutip 25 daripada keseluruhan 27 mata dalam sembilan perlawanan terakhir.
Kini dengan hanya tiga mata di belakang Red Devils,
Chelsea yang mendapat sedikit tuah apabila United tewas 0-1 kepada Arsenal minggu lalu, mahu memastikan kemenangan kerana kelebihan jaringan akan meletakkan mereka di tangga teratas mengatasi United, berbaki dua perlawanan liga.

United - yang menempah tiket final Liga Juara-Juara Eropah selepas membenam Schalke 04 minggu ini - mempunyai barisan penuh untuk menafikan hajat besar Chelsea kerana semua tonggak - Wayne Rooney, Javier Hernandez, Ryan Giggs, Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand - cergas untuk diturunkan.

Giggs sendiri mengakui United tidak sangka terpaksa bersaing dengan Chelsea lagi bagi perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meninggalkan lawan itu jauh di belakang, Mac lalu.

“Dalam beberapa perlawanan penting, kami tercicir mata. Tetapi umumnya, persembahan kami baik. Kami yakin mampu menewaskan mana-mana pasukan di Old Trafford, terutama selepas mara ke final ketiga Liga Juara-Juara minggu ini.”
Namun pemain tengah Chelsea, Michael Essien berkata, semangat membara untuk memintas United menjadi bekalan penting malam esok.

“Kami kembali mempamerkan prestasi berkesan sejak akhir-akhir ini. Kami hanya perlu menewaskan United di Old Trafford untuk memastikan peluang mempertahankan kejuaraan kukuh. Saya tidak nampak kenapa kami tidak boleh menang.”[beritaharian]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...