MADRID: Perancang Real Madrid, Kaka mengelak daripada khabar angin yang  mengaitkannya akan berpindah ke Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan  mendakwa dia akan kekal di Bernabeu musim panas ini. Khabar angin bertiup kencang minggu lalu kononnya bintang Brazil  itu akan beralih arah ke England selepas terpampang berita dari ibunya  yang mendakwa: “Kami akan pergi ke London musim depan di mana kami akan  berdakwah. Kami akan ke sana bermula Ogos - itu yang saya tahu.”  
Saya mahu terus berada di Real Madrid, saya mahu bermain untuk Real Madrid musim depan,” katanya. “Ibu saya akan ke London untuk berdakwah.
“Saya tidak mahu memikirkan untuk bermain dalam Liga Perdana Inggeris, atau kembali ke Brazil, atau kembali ke Itali. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Carlo (Ancelotti) tetapi sebenarnya saya mahu kekal bersama Madrid, bermain untuk Madrid dan tinggal di Madrid.”[berita harian]
*salah paham ni..buat malu je..
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan