BERITA gembira buat penyokong fanatik Chelsea di negara ini apabila  naib juara Liga Perdana England musim 2010/11 itu akan mengadakan satu  perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia pada 21 Julai depan.
Perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak  Malaysia (FAM) ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil  pada pukul 8.45 malam.
Lebih menarik, menjelang aksi persahabatan tersebut, peminat The  Blues turut berpeluang mendapat pas percuma menyaksikan sesi latihan  skuad kendalian Carlo Ancelotti itu pada 19 Julai.
Begitupun, untuk melihat kelibat pemain bintang Chelsea itu berlatih,  peminat hanya perlu membeli tiket perlawanan persahabatan Malaysia  bertemu Chelsea di butik Adidas terpilih seluruh negara yang akan mula  dijual pada 20 hingga 29 Mei ini. Tiket-tiket tersebut akan dijual pada  harga RM58, RM68, RM108 manakala tiket VIP pula pada harga RM388 dengan  jumlah yang terhad.
"Pada 2008, kami berjaya mengumpul 55,000 penonton untuk hadir  menyaksikan pertemuan di antara kedua-dua pasukan ini. Jadi, tahun ini,  kami jangka lebih ramai penonton akan hadir termasuk peminat dari negara  jiran," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ProEvents Group, Julian Kam.
ProEvents merupakan promoter eksklusif Jelajah Asia Chelsea 2011 dan  penaja rasmi bagi perlawanan tersebut adalah Adidas, Astro, One World  dan Naza World.
"Selain aksi persahabatan tersebut, pemain Chelsea juga akan  mengadakan beberapa program sampingan termasuk aktiviti amal serta  perjumpaan dengan kelab penyokong rasmi Chelsea."
Tiket akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei di semua butik Adidas  seluruh negara, manakala bermula 30 Mei pula, tiket boleh didapati di  cawangan Ticketpro di seluruh negara atau secara online menerusi laman  web www.ticketpro.com.my.[kosmo]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan