29 Mei 2011

Chelsea pujuk Neymar

Neymar da silva

LONDON: Chelsea kini bersiap sedia untuk tawaran lebih lumayan bagi mendapatkan penyerang Brazil, Neymar.
Pasukan Blues gagal mendapatkan bintang Santos itu musim lalu selepas bidaan £19 juta (RM94.8 juta) ditolak.

Bagaimanapun kali ini, kelab Stamford Bridge itu yakin tawaran £23 juta (RM114.8 juta) mampu memikat kelab Brazil itu.

Bilionair yang memiliki kelab itu, Roman Abramovich menjadikan penyerang itu sasaran utama dan kini sedia berbincang terus dengan Neymar, 19 untuk meyakinkannya datang ke London.

Sumber Chelsea berkata: “Abramovich sedia terbabit secara langsung bagi mendapatkan Neymar.

“Beliau ingin berbincang dengan pemain itu bulan depan bagi membuktikan dia benar-benar diperlukan di kelab itu,” katanya.

Berita mengenai Neymar itu dijangka mencetuskan lebih banyak spekulasi mengenai masa depan dua penyerang, Didier Drogba dan Nicolas Anelka.

Kedua-duanya disebut-sebut bakal meninggalkan kelab itu selepas bekas pemain Liverpool, Fernando Torres menyertai mereka Januari lalu dengan bayaran £50 juta (RM249.5 juta

Kelmarin, Guus Hiddink dikatakan menggesa Chelsea menawarkannya kembali tugas di Stamford Bridge.

Pengurus kelahiran Belanda itu masih berhubung dengan Abramovich sejak musim pertamanya sebagai pengurus Blues pada 2009. “Terlalu banyak spekulasi mengenai Cheslea ketika ini tapi jika ada tawaran serius, saya akan memikirkannya,” katanya.

Hiddink, 64, menegaskan beliau masih kekal dengan komitmennya sebagai jurulatih Turki tetapi mengaku semua itu akan berubah jika tewas dalam perlawanan kelayakan Euro 2012 di Belgium, Jumaat depan.

“Jika kami kalah, saya boleh bayangkan mereka akan katakan lebih baik jika saya berhenti,” katanya.[metro]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...