3 Mei 2011

Chelsea makin hampir - Terry



TERRY yakin Chelsea mampu memberi saingan dalam memburu gelaran juara Liga Perdana England.

LONDON - John Terry melaungkan amaran bahawa Chelsea semakin hampir untuk merampas kedudukan Manchester United selaku pendahulu Liga Perdana England. Kelmarin, peluang skuad The Blues untuk merangkul kejuaraan liga musim ini kembali terbuka selepas United tewas 0-1 kepada Arsenal di Stadium Emirates.

Dengan kekalahan tersebut, Chelsea yang kini berada di tangga kedua liga selepas mengumpul 70 mata hanya ketinggalan tiga mata di belakang United.
Justeru, pertemuan Chelsea dengan United di Old Trafford pada Ahad ini dilihat sebagai platform terbaik buat The Blues untuk merampas kedudukan selaku pendahulu liga.
Namun impian tersebut hanya akan menjadi kenyataan sekiranya skuad kendalian Carlo Ancelotti itu mampu mencatat kemenangan ke atas United.
"Saya menjadi penyokong setia Arsenal untuk tempoh 90 minit yang mana keputusan perlawanan berakhir seperti mana yang kami (Chelsea) harapkan.
"Kini, kami diberikan peluang terbaik untuk merangkul kejuaraan liga musim ini.
"Perlawanan di Old Trafford hujung minggu merupakan satu perlawanan penting buat kami dan begitu juga dengan United.
"Kami telah buktikan kepada United siapa kami yang sebenarnya ketika kami menewaskan mereka pada pusingan pertama di Stamford Bridge," kata Terry[kosmo]

*Sama la wa jugak sokong arsenal masa tu jhon terry..hehehehe...

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...