15 Mei 2011

Amaran Ancelotti pada Abramovich


LONDON - Carlo Ancelotti memberi amaran kepada Roman Abramovich bahawa dia akan melakukan kesilapan besar jika memecatnya pada hujung musim ini.
Pemilik Chelsea, Abramovich dijangka membuat perubahan besar selepas The Blues menamatkan kempen musim ini tanpa sebarang trofi.

Antara perubahan besarnya ialah dengan mencari pengganti kepada Ancelotti serta menjual beberapa pemain yang dilihat tidak menunjukkan peningkatan prestasi.
Begitupun, pengurus dari Itali itu menegaskan bahawa tapak asas pasukan ini masih lagi kukuh untuk menggalas misi memburu kejuaraan bagi musim 2011-2012.
Dia mendesak Abramovich supaya mencontohi juara Liga Perdana England, Manchester United yang lebih gemar menguatkan pasukan tersebut berbanding bermula semula dari bawah.
"Apabila sesebuah pasukan itu menduduki tempat kedua, kamu kena diam, bertenang dan teruskan semula objektif kamu," kata Ancelotti.
"Memang sesuatu telah berlaku, tetapi tidak semua yang berlaku musim ini tidak bagus.
"Lebih bahaya kalau kamu merombak semula keseluruhan pasukan kerana tidak mencapai misi musim ini.
"Untuk mengubah ramai pemain ia adalah sesuatu yang berbahaya. Skuad ini sangat bagus. Kami ada dua pemain baru Januari lepas yang mana akan bertambah meningkat.
"Jadi untuk menilai pencapaian musim ini, kami kena duduk diam dan bertenang.
"United pernah melakukannya pada musim lepas. Mereka tidak mencapai objektif tahun lalu, tetapi mereka tetap diam dan bertenang. Mereka membeli pemain yang sesuai iaitu Javier Hernandez.
"Ia sesuatu yang bagus untuk mengatasi segala kekecewaan," katanya lagi.[kosmo]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...