Manchester City bersedia membuat tawaran bagi mendapat  khidmat pemain Tottenham Hotspur, Luka Modric selepas pengurus Spurs,Redknapp menganggap 
Tawaran Chelsea bernilai 22 juta (RM107.7  juta) mengarut.Redknapp sependapat dengan pengerusinya, Daniel Levy dengan  menegaskan pemain tengah Croatia itu tidak akan dijual. Namun media  British difahamkan semalam perbincangan membabitkan pegawai tertinggi  sudah berlangsung antara City dan Tottenham dengan bidaan 
30 juta  (RM146.9 juta) bakal diterima dari Eastlands.
|  | 
| Modric | 
Bagaimanapun ia  mungkin masih belum mencukupi dengan tawaran balas
 Chelsea selain  Manchester United yg turut dijangka mengemukakan tawaran. Ia mungkin  mencecah 
35 juta (RM171.4 juta) untuk membolehkan pemain berusia 25  tahun itu meninggalkan kelab utara London itu.Sumber rapat dengan Modric percaya City dengan sumber kewangan  kukuh  akan melakukan sedaya mungkin untuk menghalangnya menyertai pesaing  Liga Perdana yang lain.
Modric  mempamerkan persembahan menakjubkan musim lalu dalam musim terbaiknya di  Spurs dan Redknapp menjelaskan 
Chelsea mungkin tersilap menilai pemain  itu dengan harga yang rendah.Walaupun menjaringkan empat gol musim lalu, larian tanpa mengenal  penat dan visi hebat adalah kelebihannya yang membantu Spurs mara ke  suku akhir Liga Juara-Juara. [
metro]
Arulchelsea-kalau aku tak heran pun. simpan je la modric tu buat pekasam
 
1 Pengulas Sukan:
wahhh comelnyer layout. haha
Catat Ulasan