19 Mei 2011

Chelsea jadi kayu ukur

ERLAWANAN persahabatan antara Malaysia dan kelab gergasi Inggeris, Chelsea harus dilihat sebagai kayu ukur kemampuan sebenar skuad kebangsaan selepas kejayaan menjuarai dua kejohanan besar di Asia Tenggara.
Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal sendiri akan cuba sedaya upaya mengumpul skuad terbaik untuk perlawanan berkenaan bagi menilai sejauh mana kemampuan pemain negara berdepan pasukan handalan seperti Chelsea.
“Peluang ini saya akan gunakan untuk melihat sejauh mana permainan kita berusaha memberi saingan terbaik kepada lawan,” kata Rajagobal kepada wartawan selepas majlis pelancaran tiket perlawanan Malaysia-Chelsea di ibu kota semalam.
Perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 21 Julai jam 8.45 malam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents Group, Julian Kam berkata, dia menjangkakan lebih ramai penonton tahun ini kerana mutu permainan pasukan kebangsaan yang semakin meningkat. Syarikat berkenaan bertanggungjawab mempromosi perlawanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu dan beberapa perlawanan besar lain sebelum ini.

Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan tiket terhad VIP, RM388 akan mula dijual esok sehingga 29 Jun di cawangan Adidas terpilih seluruh ibu negara. Peminat boleh mendapatkan tiket di cawangan Ticketpro, atau hubungi talian 03-7880799 dan menerusi laman web www.ticketpro.com.my.[berita harian]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...