LONDON: Usaha Chelsea untuk memastikan kedudukan sebagai naib juara  Liga Perdana Inggeris terencat seketika apabila tandukan Steven Taylor  pada masa kecederaan memastikan pasukan pelawat Newcastle United seri  2-2 di Stamford Bridge, malam tadi.
Pasukan dari London itu gagal mempertahankan kejuaraan apabila  Manchester United mengesahkan trofi EPL milik mereka sesudah seri 1-1 di  Blackburn Rovers, kelmarin.
Namun Chelsea kelihatan tidak  kecewa pada awalnya apabila mendahului seawal minit kedua menerusi  pemain pertahanan, Branislav Ivanovic.
Bagaimanapun, Newcastle menyamakan lapan minit kemudian menerusi pemain tengah Argentina, Jonas Gutierrez.
Chelsea kemudiannya mendahului semula tujuh minit sebelum tamat  apabila kesilapan penjaga gol Newcastle, Tim Krul, yang tersalah agak  sepakan percuma Frank Lampard, membolehkan pertahanan Brazil, Alex  menanduk masuk ke penjuru gol.
Namun pemain pertahanan,  Taylor menghukum kegagalan benteng Chelsea mengeluarkan bola daripada  sepakan sudut dengan menanduk masuk dari jarak dekat sebaik sebelum  wisel penamat.[metro]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan