4 Mei 2011

Misi pertahan kejuaraan:Bisa The Blues



John Terry (kanan) membayangkan prospek barisan bintang penyerang kendalian Carlo Ancelotti mampu merobek pertahanan Manchester United di Old Trafford, Ahad ini. - AP

LONDON - John Terry memberi amaran kepada Manchester United supaya berjaga-jaga dengan rangkaian lima penyerang pasukannya. Ketua pasukan Blues, Terry membayangkan prospek barisan bintang penyerang kendalian Carlo Ancelotti itu merobek pertahanan di Old Trafford, Ahad ini.

Terry percaya Didier Drogba, Fernando Torres, Nicolas Anelka, Florent Malouda dan Salomon Kalou akan mendatangkan rasa takut kepada musuhnya dalam perlawanan getir penentuan juara itu nanti.
"Agak menakutkan lawan kami apabila mereka melihat pemain seperti Nando, Didier, Nico, Sala atau Florent diturunkan.
"Mereka berlima adalah begitu penting terhadap pencapaian kita sekarang.
"Tiga pemain akan bermula dan dua lagi akan dimasukkan pada waktu yang sesuai, namun tiada kekecewaan atau tidak puas hati antara mereka.
"Saingan merebut kedudukan teratas begitu sengit kini sehingga juara mungkin ditentukan menerusi perbezaan gol.
"Florent, Sala, Didier semuanya menemui semula sentuhan masing-masing dan ia tiba tepat pada masanya untuk kami," ujar Terry. -[Utusan]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...