7 Mei 2011

Torres Hanya simpanan di Old Trafford



Aksi pemain Chelsea, Fernando Torres (kiri) ketika perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United 12 April lalu. Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi dalam saingan Liga Perdana di Old Trafford, esok.

LONDON - Bekas pemain Chelsea, Erland Johnsen berpendapat Carlo Ancelotti tidak seharusnya menggunakan khidmat Fernando Torres apabila menentang Manchester United esok. Dia yang juga bekas pemain antarabangsa Norway percaya Chelsea tidak boleh menyandarkan formasi 4-3-3, tetapi meletakkan lebih ramai pemain tengah bagi mengimbangi kekuatan United pada bahagian tersebut.

"Saya lebih suka meletakkan Didier Drogba sebagai penyerang tunggal dengan formasi 4-4-1-1, Nicolas Anelka pula membantunya dari belakang.
"Saya tidak fikir sistem 4-3-3 sesuai di Old Trafford dan saya akan meletakkan Torres di bangku simpanan, " kata Johnsen.
Dia merupakan pemain terbaik Chelsea pada musim 1995.
Chelsea, yang tiga mata di belakang pendahulu, United mempunyai kelebihan gol yang sama iaitu 38 jaringan.
Johnsen, yang turut pernah beraksi bersama Bayern Munich, berkata Chelsea sepatutnya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Schalke 04 ketika kalah besar kepada United dalam perlawanan Liga Juara-Juara.
"Apa yang dilakukan oleh Schalke memang salah, terutamanya pada perlawanan pertama, mereka membiarkan banyak ruang kosong di bahagian tengah.
"Setiap pasukan perlu memperkuatkan bahagian tengah apabila berhadapan skuad seperti United, dan Chelsea perlukan dua pemain sayap yang lincah bagi melancar serangan.
"Apabila Chelsea bermain formasi 4-3-3, pemain sayap mereka terlalu ke atas. Jika mereka gagal menguasai bahagian tengah di Old Trafford, mereka bakal dilanda masalah besar.
"Chelsea perlu memperkuatkan lagi bahagian pertahanan kerana United gemar melancarkan serangan balas, "katanya yang membuat 183 penampilan untuk kelab London itu dari tahun 1989 ke 1997.[utusan]

*apapun pastikan menang malam esk untuk meneruskan perjuangan mempertahan juara liga

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...