6 Mei 2011

Resipi Blues

Ashley Cole

Ashley Cole




KENANGAN...Pemain Chelsea meraikan kejayaan juarai EPL musim 2009-10.
KENANGAN...Pemain Chelsea meraikan kejayaan juarai EPL musim 2009-10.
ASHLEY Cole mendedahkan keinginan yang tidak pernah padam untuk mencatat kejayaan menyemarakkan usaha Chelsea melengkapkan kebangkitan paling hebat dalam sejarah bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Cole adalah seorang daripada pemain utama dalam pasukan Blues yang bangkit daripada defisit 15 mata di belakang Manchester United, pasukan yang akan mereka atasi sekiranya menang di Old Trafford, Ahad ini.
Pemain berusia 30 tahun itu sudah memenangi semua trofi dalam kancah domestik Inggeris, termasuk liga dan Piala FA beberapa kali dan juga pemain pertahanan kiri paling banyak tampil buat pasukan kebangsaan England.

Namun dia menegaskan dia tetap laparkan kejayaan seperti selalu untuk menambah koleksi trofi dan rakan sepasukannya turut memiliki perasaan sama.


“Apabila anda memenangi sesuatu, ia membuatkan anda sedar betapa seronoknya perasaan itu.

“Saya fikir tekanan menyebabkan orang terangsang untuk melakar kejayaan. Ia membuatkan anda mahu membuktikan sesuatu, untuk terus bermain dan menang sebanyak mungkin. Saya hanya mahu memenangi apa saja kerana saya sukakan perasaan itu.

“Apabila anda tidak lagi mempunyai perasaan itu, saya fikir ia menyebabkan ramai pemain bertindak untuk bersara kerana mereka sudah tidak ghairah lagi.

“Saya masih ghairah dan pemain yang ada di sini turut memiliki perasaan sama.”

Mentaliti Cole tidak dipersoalkan kerana hakikatnya dia tidak terlepas sebarang perlawanan Chelsea dalam kempen Liga Perdana musim ini.

“Musim lalu saya terlepas latihan beberapa kali kerana masalah kecederaan buku lali,” katanya.

“Namun musim ini saya berlatih setiap hari dan bermain setiap perlawanan dan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Kadang-kadang tidak bagus untuk berehat, anda akan hilang rentak, jadi saya mahu bermain setiap perlawanan.”

Cole sering dianggap sebagai pemain pertahanan kiri terbaik dunia dan berkata dia berjaya mempamerkan permainan terbaiknya setakat ini ketika dia bersedia untuk bertembung dengan pemain sayap United, Antonio Valencia, Ahad ini.

“Kini saya terfikir, ‘Lihat jika anda boleh menyekat saya daripada berlari’, atau ‘Saya akan membuat anda mengejar saya’, berbanding sebaliknya.

“Di sebalik memikirkan mengenai bagaimana mereka akan berusaha melepasi saya, mereka sebaliknya akan mengawasi saya dan melihat di mana saya berada.”[metro]

2 Pengulas Sukan:

Syuxer berkata...

cole..ko tunggu nanti hehehe...:)..semoga terhibur game ni nanti..xnak cam barca vs real..

ArulchelseA berkata...

hehe...kita tgok macam mana nnt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...