11 Mei 2011

Chelsea mahu Hiddink, Zola di Stamford Bridge

 

LONDON - Chelsea telah meminta legenda kelab itu Gianfranco Zola kembali Stamford Bridge sebagai jurulatih. Ia sekali gus mencetuskan spekulasi Zola akan digunakan untuk mengumpan Guus Hiddink ke London.

Zola masih menganggur sejak dipecat West Ham setahun lalu.
Chelsea telah mengenal pasti bekas penyerang Itali itu sebagai calon sesuai mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ray Wilkins selepas dia dipecat November lalu.
Chelsea tetap mahu Zola kembali sebagai jurulatih, seandainya mereka gagal memujuk Hiddink untuk menggantikan Carlo Ancelotti.

Pemilik skuad Blues, Roman Abramovich dilihat hampir pasti memecat Ancelotti selepas menamatkan musim ini tanpa sebarang trofi.
Hiddink, 64, sebelum ini pernah mengendalikan Chelsea selama tiga bulan sebelum Ancelotti dilantik pada 2009.
Dia kini ialah pengurus pasukan kebangsaan Turki.
Biarpun Hiddink dilaporkan menolak tawaran kembali ke Stamford Bridge, skuad Blues yakin mereka mampu memikat pengurus kelahiran Belanda itu dengan meletakkan tanggungjawab melatih di bawah Zola yang berusia 44 tahun.
Zola beraksi lebih daripada 300 perlawanan untuk Chelsea dan pernah dinobatkan sebagai Pemain Terhebat Sepanjang Zaman dalam undian penyokong pada 2003. -[Utusan]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...