7 Mei 2011

Mamak Nani Perang psikologi

ni dia mamak nani atau maknani hehe..

 

LONDON - Pemain sayap Manchester United, Nani mula melancarkan perang psiko- logi ke atas Chelsea menjelang pertemuan kedua-dua kelab tersebut dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford malam esok. Bagi Nani, skuad The Red DevilsThe Red Devils masih unggul selaku pendahulu liga dengan mengumpul 73 mata, tiga mata meninggal- kan Chelsea di tangga kedua, manakala Arsenal di tangga ketiga(67 mata). mempunyai kelebihan daripada aspek psikologi bagi mencatatkan kemenangan ke atas Chelsea, sekali gus meletakkan mereka pada kedudukan terbaik bagi merangkul gelaran liga musim ini. Ketika ini,

Tidak cukup dengan itu, United juga dilihat berada pada tahap prestasi terbaik mereka setelah berjaya mara ke pentas final Liga Juara- Juara. Kejayaan tersebut hadir selepas mencatatkan kemenangan secara agregat 6-1 ke atas kelab Jerman, Schalke 04 pada aksi separuh akhir. United dijadual berdepan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona pada aksi final yang bakal berlangsung di Stadium Wembley, 28 Mei ini. "Perlawanan yang penting ketika ini adalah perlawanan menentang Chelsea dan bukannya Barcelona.
"Ia pasti akan menjadi satu perlawanan yang sukar buat kami (United), namun kami masih mempunyai kelebihan apabila beraksi di laman sendiri dan kami juga memiliki pengalaman yang luas setiap kali berdepan dengan Chelsea.
"Kami sedar sekiranya kami mahu mencatatkan kemenangan ke atas Chelsea, kami perlu beraksi dengan tahap keyakinan yang tinggi. "Keputusan yang kami catatkan ketika kami menang ke atas Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara adalah baik dan ia bakal menjadi kelebi- han dari aspek psikologi buat kami," jelas Nani. Seandainya berjaya menang ke atas Chelsea, United hanya perlu mencatatkan sekurang- kurangnya satu keputusan seri dalam dua baki perlawanan yang tinggal untuk ditabalkan selaku juara musim ini.[kosmo]


*jangan harap bro...lain perlawanan lain caranya..tapi lu kena ingat bro..man.utd pun penah kalah di tempat sendiri lawan chelsea...setakat lu apa de hal la...hehe..tunggu dan lihat je la nanti..sapa yang lingkup...

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...