8 September 2011

Cech kembali pulih

Chelsea menerima berita gembira kelmarin apabila Petr Cech kembali berlatih sepenuh masa menjelang kunjungan ke Sunderland bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.Penjaga gol itu diketepikan antara tiga dan empat minggu selepas koyak ligamen lutut ketika berlaga semasa latihan bulan lalu namun berjaya memulihkan diri lebih cepat daripada yang dijangkakan.


Penggantinya, Hilario gagal untuk mengekang golnya daripada dibolosi ketika ketiadaan pemain berusia 29 tahun itu, menghasilkan kesilapan memalukan sekali gus menghadiahkan gol penyamaan Norwich ketika Chelsea menang 3-1 di Stamford Bridge 12 hari lalu.

Kesilapan menentang Norwich melengkapkan persembahan hambar Hilario dan pengurus Andre Villas-Boas mendedahkan selepas perlawanan itu bahawa Cech mungkin boleh diturunkan bagi perlawanan menentang Sunderland.

Mengambil kira Cech tidak berdepan sebarang kecelakaan lain, panggilan semula kini kelihatan pasti, walaupun Villas-Boas menegaskan ia tidak bermakna beliau hilang keyakinan terhadap Hilario atau Ross Turnbull.“Hilario, Ross dan Petr amat fantastik sepanjang pramusim dan permulaan musim, jadi saya masih yakin terhadap tiga pemain ini,” kata Villas-Boas.


Pemain baru, Raul Meireles, yang berlatih buat kali kedua bersama Chelsea kelmarin selepas kembali daripada tugasan antarabangsa bersama Portugal, mungkin akan melakukan penampilan sulungnya di Stadium of Light.David Luiz juga mungkin boleh beraksi sesudah terlepas permulaan musim kerana kecederaan paha.[sumber]

1 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...