Frank Lampard membuktikan sentuhan penyudahnya masih berbisa apabila  meledak satu gol ketika Chelsea seri 1-1 dengan Valencia pada aksi  Kumpulan E kempen Liga Juara- Juara awal pagi semalam.Penampilan Lampard di Stadium Mestalla itu memang mencuri tumpuan  selepas dia hanya diturunkan dalam satu daripada empat perlawanan  terakhir skuad The Blues sebe- lum ini.
Sebelum aksi tersebut, sege- lintir pihak menganggap masa depan  Lampard bersama Chelsea semakin gelap kerana dia sering kali diletakkan  di bangku simpanan sebaik pulih daripada masalah kecederaan.Namun, tanggapan tersebut ternyata jauh meleset apabila perancang  berusia 33 tahun itu membuktikan bahawa khidmatnya masih lagi diperlukan  selepas menjaringkan gol pada minit ke-56.
Lampard yang pada awalnya dilihat bakal dijulang sebagai wira hasil  jaringan dilakukannya itu terpaksa akur dengan gol penyamaan yang  dijaringkan Valencia menerusi Roberto Soldado pada minit ke- 87.Valencia berjaya menyamakan kedudukan selepas Saldado berjaya  menyempurnakan sepakan penalti apabila bola terkena tangan perancang  Chelsea, Salomon Kalou.
"Ia merupakan satu persembahan yang menakjubkan. Sebaik babak kedua  bersambung kami (Chelsea) beraksi lebih baik dan berpeluang untuk  menjadikan kedudukan 2-0."Namun, kami gagal dan ternyata tuah tidak menyebelahi kami."Lampard telah beraksi dengan baik sekali dan tidak ada apa yang  ingin diperkatakan lagi. Dia merupakan salah seorang pemain terbaik  dalam skuad kami dan saya sangat gembira melihat prestasinya itu.
"Adalah suatu yang baik apabila Lampard dapat menjaringkan gol. Kami  menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap dia dan dia telah membalas  kepercayaan itu dengan jaya," kata pengurus Chelsea, Andre
Villas-Boas.Meskipun sekadar seri, skuad The Blues masih unggul selaku pendahulu  peringkat Kumpulan E dengan mengumpul empat mata, satu mata me-  ninggalkan Bayer Leverkusen di tempat kedua.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan