Andre Villas-Boas bersedia melaksanakan misi yang gagal dilaksanakan   enam pengurus sebelum ini untuk membawa trofi Liga Juara-Juara dalam  genggaman pemilik Chelsea, Roman Abramovich, musim ini.Sejak jutawan dari Russia itu mengambil alih kelab London itu pada  2003, bekas pengurus Claudio Ranieri, Jose Mourinho, Avram Grant, Luiz  Felipe Scolari, Guus Hiddink dan Carlo Ancelotti meninggalkan Stamford  Bridge selepas gagal mendominasi saingan peringkat Eropah.
Kini  Chelsea  memburu kegemilangan  selepas  Abramovich melaburkan ratusan  juta pound untuk melakar kemenangan bermula dengan perlawanan menentang  Bayern Leverkusen di Stamford Bridge, awal pagi esok.
Dengan Valencia dan Racing Genk juga menjadi pencabar Kumpulan E,  Chelsea seharusnya tidak berdepan masalah untuk melepasi halangan  peringkat kumpulan.
Pemain yang masih kekal ketika Chelsea  tampil buat kali pertama dalam saingan Liga Juara-Juara apabila mereka  melangkah ke separuh akhir 2003-04 adalah John Terry dan Frank Lampard.Lampard menyatakan kegagalan sebelum ini menyemarakkan lagi semangat mereka untuk menjulang trofi.
“Sememangnya piala ini dikehendaki pemilik kelab,” katanya kepada pemberita.“Apabila  sudah meraih banyak kejayaan peringkat domestik, ia bukan hanya pemilik  tapi kelab dan peminat juga mengidam kejayaan  peringkat Eropah.“Selepas memenangi pelbagai trofi dalam sejak tujuh tahun lalu, hanya  trofi Liga Juara-Juara yang masih belum berada dalam kabinet kami.
“Saya  tidak menyatakan itu punca pengurus sebelum ini dipecat tapi beban yang  dipikul memang amat berat.” Villas-Boas bersedia menyempurnakan misi  itu selepas menjadi jurulatih termuda menjuarai trofi peringkat Eropah  dengan menjulang Liga Europa bersama Porto musim lalu.
Chelsea  memulakan kempen musim baru dengan bergaya di bawah kendaliannya dengan  rekod tanpa kalah menerusi tiga kemenangan dan satu seri, yang terakhir  kemenangan 2-1 ke atas Sunderland, Sabtu lalu.
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan