2 Januari 2012

Kedudukan Torres di Euro 2012 tergugat

Kurang aksi bersama Chelsea bakal memberi kesan buruk kepada penyerang, Fernando Torres dalam skuad Sepanyol apabila juara Eropah itu turun mempertahankan gelaran mereka Jun ini, kata jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque.Torres lebih banyak berada di bangku simpanan sewaktu bersama Chelsea dan perkara tersebut membimbangkan Del Bosque.


"Masih ada lima bulan sebelum Kejohanan Euro bermula dan semuanya akan berpusing di sekeliling."Namun jika situasi ini tidak akan berubah, ia tentu sukar buatnya," kata Del Bosque.

Torres membuat 88 penampilan untuk Sepanyol dan menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Jerman pada perlawanan akhir Euro 2008, sekali gus membolehkan pasukan itu menjulang trofi besar pertama dalam tempoh 44 tahun.

Namun, Torres yang bekerja keras untuk Sepanyol pada Piala Dunia 2010 hanya menjaringkan lima gol dalam 24 penampilan sejak meninggalkan Liverpool pada Januari lepas.

Pemain tersebut lebih banyak menjaringkan gol pada 2011 untuk Liverpool, berbanding Chelsea (3), malah sekadar menjadi pemain simpanan pada perlawanan Sabtu lalu ketika Chelsea tewas 1-3 kepada Aston Villa.
"Fernando layak dihormati atas rekodnya dan pemain itu mempunyai keyakinan yang tinggi. Sebaliknya jika dia tidak bermain.. ia seakan sesuatu yang ketara buatnya.

"Jika dia bermain dan dapat mempamer aksi dengan baik sudah tentu dia akan ke Euro," kata Del Bosque.Dalam pada itu, Del Bosque berkata, perlawanan persahabatan pada Februari nanti akan menjadi penilaian terbaik buat skuad Euro Sepanyol, terutama untuk melihat prestasi penyerang Valencia, Roberto Soldado yang bakal terus bersama pasukan kebangsaan jika masih berada di prestasi terbaik.

Soldado adalah penyerang Sepanyol yang telah menjaringkan gol terbanyak dengan 16 gol dalam saingan liga serta lima gol dalam Liga Juara-Juara.Soldado juga bakal mendapat tempat bersama dengan penyerang Barcelona, David Villa selepas pulih daripada pembedahan kaki, serta Fernando Llorente yang masih lagi cedera.[sumber]

1 Pengulas Sukan:

dear anies berkata...

alahai torreh... meh men kt felda united..kalu x jd pemain nnt bleh jd penoreh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...