BRANISLAV Ivanovic kini dalam misi balas dendam di Old Trafford,  ketika Chelsea berazam untuk mengaibkan Manchester United, Ahad ini.Pemain Serbia itu masih mengingati dua kekalahan di tangan musuh  terhebat Blues itu yang menyebabkan  Carlo Ancelotti kehilangan kerja.Kini ketika kelab itu dibimbing Andre Villas-Boas, dia mahu  membuktikan bahawa United bukan pasukan yang tidak boleh dihalang  biarpun bermula dengan penuh sensasi musim ini.
Ivanovic adalah  sebahagian daripada skuad Chelsea yang tewas di tempat sendiri dan  lawan kepada United dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara.Dia turut terbabit dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris  sewaktu mereka tewas 1-2 dan memastikan United sebagai juara hingga  menyebabkan Ancelotti dipecat.  
“Perlawanan Ahad ini adalah ujian besar pertama untuk pasukan kami di bawah pengurus baru,” kata Ivanovic.“Ia satu perlawanan besar yang akan membuktikan betapa jauh  peningkatan prestasi kami dan penting secara psikologi kepada kedua-dua  pasukan.“Kami akan menilai kekuatan lawan kami dengan setiap  serangan dan hantaran dan sedar kami perlu menggunakan tenaga 100  peratus untuk menentang mereka.
“United memulakan musim ini dengan begitu baik dan Wayne Rooney berada di prestasi terbaik ketika ini“Dia menjaringkan begitu banyak gol dan kami perlu mempamerkan permainan terbaik jika mahu menghalangnya. “Jelas sekali United semakin meningkat sebagai satu pasukan musim ini  tetapi kami juga turut mempamerkan peningkatan dan berharap dapat  membuktikannya di padang di Old Trafford.“Jika anda ingat,  kami memulakan musim lalu sama seperti United pada musim ini tetapi ia  tidak bermakna anda akan berakhir sebagai juara,” katanya.
Ivanovic yang mengisi posisi bek tengah berasakan Chelsea kurang  berdepan tekanan kali ini berbanding kali terakhir mereka ke Old  Trafford, Mei lalu.Ketika itu mereka berjaya merapatkan jurang  15 mata dengan skuad Ferguson tetapi mereka perlu pulang dengan  kemenangan untuk peluang mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris.Sebaliknya, mereka dibelasah sejak awal separuh masa pertama dengan  gol oleh Javier Hernandez dan Nemanja Vidic menamatkan peluang terakhir  Blues untuk menjulang trofi.
“Situasi yang dihadapi berbeza  tahun lalu kerana kami datang ke sana dengan harapan untuk menang. Kini  kami datang ke sana hanya untuk mempamerkan permainan terbaik dan  mengharapkan keputusan yang baik. “Kami sentiasa mengharapkan kemenangan dalam setiap perlawanan tetapi keputusan seri juga cukup baik bagi kami.
“Adalah penting bagi kami rapat dengan pasukan di tangga teratas. Kami  tidak mahu jurang dengan pasukan teratas menjadi terlalu besar.“Kami menerima suntikan semangat hasil dua perlawanan terakhir  menentang  Sunderland dan Bayer Leverkusen dan kami mempunyai motivasi  tambahan hasil kekalahan kepada United pada akhir musim lalu,” katanya.
Ivanovic turut berharap peningkatan prestasi Fernando Torres ketika  menang 2-0 ke atas Leverkusen dalam Liga Juara-Juara akan memberi  keyakinan buat skuad London hujung minggu ini.Pemain Sepanyol  bernilai 50 juta (RM244.2 juta) itu hanya menjaringkan satu gol  sepanjang lapan bulan di Stamford Bridge, bagaimanapun  sekurang-kurangnya dia membantu jaringan David Luiz dan Juan Mata. 
“Fernando memberikan bantuan yang diharapkan dan ia bagus untuk  memulihkan keyakinannya ketika menggalas tugas penting untuk kemenangan  bermakna.“Adalah penting untuk Chelsea beraksi sebagai satu pasukan dan bukan melihat kepada statistik pemain secara individu.“Kami tahu apa yang dicari dan gol hasil hantaran Fernando kepada Mata  membuktikan bahawa dia berfikir sebagai satu pasukan,” katanya.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan