2 Oktober 2012

‘Saya masih bertenaga’ - Torres

Penyerang Chelsea, Fernando Torres berkata dia tidak perlu direhatkan bagi kunjungan perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab pendatang baru, FC Nordsjaelland, awal pagi esok.


Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjaringkan gol pembukaan ketika Chelsea menewaskan seteru London, Arsenal dengan keputusan 2-1 Sabtu lalu untuk mengukuhkan cengkaman mereka di persada Liga Perdana.

Torres kini menanggung beban bersendirian untuk meledak jaringan ketika kecederaan membataskan penampilan Daniel Sturridge yang hanya tampil empat kali sebagai pemain gantian musim ini dan Didier Drogba sudah meninggalkan kelab ketika jendela perpindahan yang lalu.

Bekas pemain Liverpool itu adalah pemain tunggal yang be- rada dalam kesebelasan utama pada setiap perlawanan musim ini namun dia memberitahu Chelsea TV bahawa dia masih bertenaga untuk kunjungan ke Denmark.

“Musim lalu saya banyak berehat, jadi saya lebih bertenaga sekarang,” kata pemain berusia 28 tahun itu yang menjaringkan lima gol dalam 10 penampilan musim ini.

“Saya berasa bagus dan kami mempunyai perlawanan penting menentang pasukan yang hebat. Ia adalah perlawanan penting buat kami dalam Liga Juara-Juara kerana kami tidak bermula dengan meraih tiga mata.” 

Chelsea memulakan kempen Kumpulan E dengan keputusan 2-2 di tempat sendiri menentang juara Itali, Juventus dalam perlawanan yang menyaksikan bintang Brazil, Oscar mengumumkan ketibaannya di Stamford Bridge menerusi dua jaringan jarak jauh yang menarik.

Kelab London itu yang mahu menjadi pasukan pertama mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara, menjangkakan tiga mata penuh diraih pada perlawanan awal pagi esok.

Bagaimanapun mereka gagal memenangi sebarang perlawanan peringkat kumpulan di tempat lawan musim lalu dan jurulatihnya, Roberto Di Matteo menyedari lawan mereka pasti sangat bermotivasi.

“Ia adalah perlawanan pertama mereka dalam Liga Juara-Juara di laman sendiri dan perlawanan di tempat lawan adalah sukar,” kata pengurus kelahiran Itali itu. 

“Seharusnya sekarang kami perlu menang.” Sturridge terlepas empat perlawanan terakhir Chelsea dengan masalah hamstring namun sekiranya disahkan cergas, dia mungkin tampil dalam kesebelasan utama menggantikan Torres.[sumber]

1 Pengulas Sukan:

Dunia Realiti berkata...

Torres cepat pancit tu, 1-1 dgn keeper pun tak boleh...geram tengok torres main, tapi tetap yg terbaik! KTBFFH ! Blues Till I Die...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...