Keputusan seri 1-1 yang dilakarkan oleh Chelsea dalam saingan Liga  Juara-Juara ketika menentang Valencia adalah sesuatu yang hebat  berbanding keputusan yang dilakarkan   Barcelona  di Mestalla, minggu  lalu, kata penjaring gol, Frank Lampard.
Barca yang muncul juara Sepanyol dan Eropah terpaksa berusaha keras    ketika seri  2-2  dengan  Valencia di La Liga namun barisan pemain  Sepanyol itu dilihat gemuruh sewaktu bertemu kelab London  yang banyak   terlepaspeluang dan memberikan lawan sepakan penalti lewat perlawanan  apabila bola terkena tangan Salomon Kalou.
Lampard  diletakkan di bangku simpanan ketika  menentang Swansea City, minggu  lalu, membuktikan dia masih lagi berbisa apabila menjaringkan gol pada  separuh masa pertama sekali gus menjawab spekulasi mengenai masa  depannya.    “Mereka (Valencia) satu pasukan yang hebat,” kata pemain  tengah England itu.
“Kami menonton video ketika mereka menentang Barcelona untuk keluar  daripada corak permainan Barcelona dan cuba mempamerkan aksi terbaik  selain berhati-hati dengan apa yang mereka mampu lakukan,” katanya.     “Kami cuba bertenang selepas gol dijaringkan kerana ketika menentang  pasukan yang berkualiti anda akan bergelut pada beberapa ketika dan  keputusan seri ini adalah sesuatu adil.
Chelsea kini  mendahului saingan Kumpulan E dengan empat mata dari dua perlawanan.  Pasukan Jerman, Bayer Leverkusen di tempat kedua dengan tiga mata  selepas mencatatkan kemenangan 2-0 di tempat sendiri menentang Genk,  Valencia, ketiga dengan dua mata dan Genk keempat mengumpul satu mata.
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan