Andre Villas-Boas kelmarin menegas- kan bahawa pemain baharu, Raul  Meireles (gambar) adalah perancang yang amat diperlukan dalam skuad  Chelsea.The Blues membeli pemain Portugal itu pada saat-saat akhir selepas gagal membawa bintang Spurs, Luka Modric.Villas-Boas menjelaskan, pemain yang dijual olehnya kepada Liverpool  ketika bersama Porto tahun lalu itu memenuhi semua kriteria se- bagai  seorang perancang tengah.
Villas-Boas berkata: "Kami telah menilai ciri-ciri pemain tengah yang kami mahu dan berjaya membawanya ke kelab ini."Raul beraksi dengan baik di Liverpool. Dia sudah tentu seorang  pemain yang sesuai bagi kami dan kami gembira dengan kehadirannya."Dia mempunyai kebolehan bermain di beberapa posisi dan semua orang  dapat lihat pada musim lalu bahawa dia juga mampu menjaringkan gol.
"Dia tahu bila masa yang sesuai untuk berada dalam kotak penalti dan  mencipta peluang. Raul seperti Frank Lampard, Ramires dan Nicolas  Anelka."Pemain lain juga tahu dia akan sentiasa menanti bola dan memenuhi kesemua strategi permainan kami," katanya.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan