Pengendali Chelsea, Andre Villas-Boas berkata keraguan terhadap Fernando  Torres dianggap tamat selepas penyerang Sepanyol itu membantu mencipta  dua gol ketika pasukannya menewaskan Bayer Leverkusen 2-0 dalam aksi  Kumpulan E Liga Juara-Juara kelmarin.Torres sebelum ini mencetus kontroversi selepas mengkritik rakan  sepasukan dengan mengatakan mereka “tua dan lembap”, membuatkan  Villas-Boas bengang dan mahu mengambil tindakan ke atas penyerang yang  masih kemarau gol itu.
       
Tetapi selepas menyaksikan Torres menjadi arkitek kepada kedua-dua  gol David Luiz dan Juan Mata, Villas-Boas berkata kes ke atas bekas  penyerang Liverpool itu dianggap selesai dan tindakan disiplin tidak  akan diambil. “Ia sudah selesai. Siasatan sudah tamat. Kami sudah berbincang  dan situasi ini dianggap selesai,” kata Villas-Boas tanpa mahu mengulas  lebih lanjut. 
Walaupun Torres terbabit dengan dua gol berkenaan, penyerang  berharga 50 juta pound (RM242.7 juta) masih belum mampu menampilkan  persembahan meyakinkan ketika Chelsea merakam kemenangan pertama dalam  kempen memburu kejuaraan Eropah musim ini. Torres kelihatan teragak-agak, mengawal bola terlalu lama sebelum  melepaskan rembatan ke arah gol, paling jelas ketika percubaan minit  ke-10 di mana tendangannya sempat dihalang Bernd Leno.
Villas-Boas turut mempertahankan keputusannya tidak memasukkan  John Terry dan Frank Lampard dalam kesebelasan utamanya, percaturan yang  mengambil kira perlawanan kunjungan penting Liga Perdana Inggeris ke  Old Trafford Ahad ini bertemu Manchester United.[
sumber]
 
1 Pengulas Sukan:
x jaring gol takpe asalkan assist..hehe
Catat Ulasan