PEMAIN tengah Chelsea, Juan Mata menegaskan musim ini bakal menjadi milik rakannya, Fernando Torres.  
Torres yang sebelum ini gagal untuk menjaringkan sebarang gol juga tidak  diketahui nasibnya pada perlawanan menentang Manchester United  esok  sama ada pengurus, Andre Villas-Boas mahu menurunkannya atau sebaliknya.  
“Saya yakin Fernando masih pemain yang sama seperti dahulu tiada  apa yang berubah. Dia seorang pemain yang hebat yang sudah membuktikan  kemampuan menjaringkan gol.   “Semua orang akan melalui fasa di mana mereka kemarau gol dan ia  sedang berlaku kepada Fernando. Apa pun kita hanya menunggu masa untuk  dia kembali seperti sebelumnya,” katanya. 
Manakala, Mata yang menyertai Chelsea dari Valencia sewaktu  perpindahan musim panas mendedahkan dia ada mendapat tawaran dari kelab  lain tetapi memilih untuk bersama Chelsea.  “Kelab lain berminat untuk mendapatkan khidmat saya tapi hanya  Chelsea yang membuat tawaran rasmi jadi saya memilih untuk menyertai  Blues,” katanya.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan