Penyerang Chelsea, Juan Mata akan mengetepikan rasa hormat apabila  bertemu bekas rakan sepasukan di Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara  pada awal pagi esok.Penyerang berusia 23 tahun itu berpindah ke Stamford Bridge pada Ogos  lalu dan mencatat rekod pembelian yang termahal buat Chelsea dalam  usaha memburu trofi Liga Juara-Juara.
Pada final tahun 2008, skuad The Blues sema- kin hampir untuk memenangi gelaran berprestij di Eropah itu apabila sepakan penalti John Terry tersasar.Sejak itu, trofi Liga Juara-Juara menjadi sasaran utama Chelsea yang bimbingan pengurus baharu, Andres Villas-Boas.Mata dianggap sebagai pemain penting pada pertemuan menentang  Valencia ini selepas dia meluangkan masa selama empat tahun bersama  kelab itu.
"Ia bakal menjadi satu perlawa- nan yang istimewa buat saya dan saya  melalui tempoh yang hebat di sana (Valencia) dan kini, keutama- an saya  adalah Chelsea. Saya akan melakukan yang terbaik," kata Mata.
Sementara itu, Villas-Boas tidak yakin skuad bimbingannya akan berada  dalam situasi keletihan selepas beraksi dua perlawanan berturut-turut  yang berakhir dengan 10 pemain.
"Ia sepatutnya tidak mempunyai masalah dan tiada apa-apa yang perlu  dibimbangi tetapi ia masih di awal saingan," katanya yang mele- takkan  Frank Lampard di bangku simpanan ketika menang 4-1 ke atas Swansea pada  aksi Liga Perdana England, Sabtu lalu."Kami akan menurunkan sembi- lan pemain baharu di atas padang dan  mereka akan bermain Rabu ini (awal pagi esok). Saya fikir, ia adalah  penting."
Selepas mengharungi satu perlawanan dalam saingan Kumpulan E, Chelsea  memimpin kedudukan teratas setelah menewaskan Bayer Leverkusen,  manakala Valencia mengalami kekecewaan apabila seri di Genk.
Kepulangan Mata menjadi topik hangat di Valencia dan bekas rakan  sebiliknya, Pablo Hernandez turut teruja untuk menghadapi perlawanan  tersebut.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan