Fernando Torres disoal siasat oleh Chelsea berhubung satu temuramah yang mana dia dikatakan mengkritik rakan sepasukannya.Torres bercakap kepada laman web rasmi Liga Primera Sepanyol  minggu lalu dengan terjemahan Inggeris kemudiannya muncul dalam laman  web peribadi penyerang itu.Torrres yang mengalami  ketandusan gol sejak perpindahan 50 juta (RM241.3 juta)  dari Liverpool dilaporkan berkata pemain ‘tua’ Chelsea “sangat perlahan”  dan memuji rakan sepasukan baru, Juan Mata sebagai pemain yang wajar  dibeli.Pengurus Andre Villas-Boas mahukan penjelasan Torres yang mendakwa ia tidak diterjemah dengan tepat dalam laman web miliknya.
Chelsea kini berusaha mendapatkan salinan asal temuramah itu dan  Villas-Boas mendedahkan beliau akan memberi amaran kepada Torres supaya  tidak bercakap sesuka hati mengenai masa depan kelab jika terjemahan itu  terbukti tepat.Beliau berkata: “Kami berusaha untuk  mendapatkan rakaman temuramah itu. Kami akan melihat sama ada ia adalah  sama dengan apa yang diperkatakan dalam temuramah itu.”    Sesi  temuramah itu dibenarkan Chelsea, jika sebaliknya Torres mungkin sudah  berdepan hukuman.
Ditanya tindakan yang mungkin diambil jika terjemahan itu terbukti  tepat, bos Blues itu berkata: “Kami hanya bercakap untuk berkongsi  pandangan. Jika ia tanpa kebenaran, saya akan menghukumnya. Sudah  tentu.”    Villas-Boas berkata: “Bagaimanapun ia adalah pandangan  seorang pemain. Saya tidak fikir ia adalah pandangan yang dikongsi  bersama pengurus. Kadangkala saya tidak perlu berkongsi idea dengan  pemain.
“Saya fikir kami mempunyai kecekapan selain “masalah umur” yang mana bagi saya ia bukanlah satu masalah.
“Mungkin kami cuma perlu bercakap mengenai situasi itu dan dia juga perlu mendapatkan pandangan kami.”
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan