Chelsea mengharapkan tuah untuk mara ke pusingan keempat Piala Liga pada awal pagi semalam.Skuad bimbingan Andre Villas-Boas itu mencatat kemenangan 4-3 ke atas  Fulham menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan  terikat tanpa jaringan di Stamford Bridge.
Chelsea ditimpa malang apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain  selepas pemain pertahanan Brazil, Alex telah dibuang padang pada masa  kecederaan babak pertama, sekali gus menghadiahkan sepakan penalti  kepada Fulham.Bagaimanapun, Pajtim Kasami gagal menyudahkan peluang tersebut  apabila bola terkena palang gol dan memaksa perlawanan ditentukan  menerusi sepakan penalti.
Frank Lampard gagal menyudahkan sepa- kan pertama skuad The Blues tetapi mereka bernasib baik apabila Moussa Dembele dan Bryan Ruiz turut melakukan kesilapan tersebut."Semua orang melihat antara satu sama lain tertanya-tanya sama ada ia  sudah gol atau tidak tetapi penjaga garisan berada di sana mengesahkan  gol itu dan ini keputusan yang baik," kata Villas-Boas.
Sementara itu, pengurus Fulham, Martin Jol berkata: "Untuk berlaku adil, saya tidak melihatnya."Seseorang sedang berdiri di depan saya dan kemudian saya melihat dia  (Ruiz) pergi ke arah penjaga gol dan saya tahu bahawa dia sudah  terlepas."
Kemenangan Chelsea itu turut memperbaiki rekod kekalahan mereka  selepas mela- kukan tujuh sepakan penalti daripada lapan percubaan  sebelum ini.Pada aksi awal pagi semalam, Salamon Kalou hampir membuka jaringan  pada babak pertama tetapi rembatannya tersasar jauh selepas percubaan  penyerang Belgium,Romelu Lukakku berjaya diselamatkan.
Wosh McEachran yang membuat penampilan pertama bersama skuad The Blues  bijak menghantar bola
kepada Daniel Sturridge yang menewaskan penjaga  gol Fulham, Mark Schwarzer tetapi gol tersebut dibatal- kan kerana dia  berada dalam kedudukan of- said.Penjaga gawang Chelsea, Ross Turnbull muncul wira apabila berjaya  mengagalkan sepakan Moussa Dembele untuk mara ke pe- ringkat seterusnya.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan