Fernando Torres telah diberi amaran bahawa kemarau jaringan di  Chelsea kini bakal menjejaskan karier antarabangsa bersama skuad  kebangsaan Sepanyol.Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque memberitahu Torres bahawa dia  tidak akan diturunkan selagi belum menjaringkan gol buat skuad The  Blues.Penyerang Sepanyol itu mula ketinggalan di belakang beberapa  penyerang lain dalam skuad kebangsaan selepas hanya menyumbang satu gol  sejak berpindah dari Liverpool ke Stamford Bridge pada Januari lalu.
Torres mungkin pernah menjaringkan gol kemenangan Sepa- nyol pada  final Euro 2008 tetapi Del Bosque memberitahu, jaringan tersebut masih  belum mampu membantu kariernya.Del Bosque tidak menyenarai- kan Torres dalam skuad Sepanyol yang  membelasah Liechtenstein 6-0 pada aksi Kelayakan Euro 2012, Selasa lalu  dan mengarahkan pemain itu duduk di bangku penonton.Beliau juga enggan meminta maaf kepada Torres di atas laya- nan itu  dan menegaskan penyerang Chelsea itu perlu memper- baiki prestasi jika  mahu kembali ke dalam skuad Sepanyol. 
"Tidak dinafikan Torres adalah seorang pemain yang penting."Tetapi mereka yang beraksi lebih bagus bersama kelab masing-masing  akan diberi peluang dalam skuad kebangsaan, bukan sebaliknya," kata  bekas jurulatih Real Madrid itu.Del Bosque tiada pilihan selain mengetepikan Torres setelah bekas  pemain Liverpool itu gagal meledakkan sebarang gol buat negaranya sejak  12 bulan lalu.
Torres, 27, mula kehilangan tempat di posisi serangan kepada David  Villa yang muncul penjaring terbanyak negara tersebut dan juga Alvaro  Negredo.Fernando Llorente mula menjadi pilihan Del Bosque dan diturunkan  selaku pemain simpanan ketika menentang Liechtentstein dan memaksa  Torres menyaksikan perlawanan tersebut di tempat duduk penonton.Pemain yang digelar El Nino itu pernah meledakkan 81 gol dalam 142 perlawanan bersama Liverpool.Dia bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak berpindah ke Stamford Bridge.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan