27 September 2011

Cech idam juarai Liga Juara-Juara

Penjaga gawang, Petr Cech mengaku Chelsea bernafsu untuk menjuarai Liga Juara-Juara dari sudut positif kerana pasukan yang bercita-cita besar pastinya mahu mendakap trofi paling berprestij.Selepas memulakan kempen dengan menumpaskan Bayer Leverkusen, 2-0, Chelsea berkunjung ke Valencia awal pagi esok, ujian paling besar dalam saingan peringkat kumpulan yang turut membabitkan Genk.


Chelsea tumpas pada final 2008 kepada Manchester United menerusi penentuan sepakan penalti dan Cech akur pasukannya kini berharap memenangi kejuaraan utama yang belum mereka menangi.“Pasukan sehebat Chelsea, Manchester United, Real Madrid atau Barcelona pastinya bernafsu untuk memenangi Liga Juara-Juara.

“Jika tidak berminat, saya pasti terkejut. Meskipun sudah memenanginya sebelum ini, pastinya setiap pemain mahu terus memenangi Liga Juara-Juara. Cita-cita setiap musim adalah untuk memenangi kejohanan ini.“Orang selalu menggunakan perkataan ‘bernafsu’ dari sudut negatif. Namun tak mungkin kami membunuh diri jika gagal memenanginya. Kami bernafsu memenangi Liga Juara-Juara kerana ini adalah kejohanan terbesar yang menjadi rebutan.


“Kami akan berusaha mencipta kejayaan. Rasanya bagus memilii sifat sebegini kerana jika tidak dahagakan kemenangan, anda tidak sepatutnya bermain.” Namun, Cech akur cabaran yang bakal dihadapi skuad bimbingan Andre Villas-Boas di Mestalla bukan mudah. “Aksi di Leverkusen sukar namun semua pemain sependapat Valencia adalah salah satu pencabar utama kami dan perlawanan ini paling sukar,” katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...