Chelsea berazam menyekat kecemerlangan awal Manchester United apabila  kedua-dua pasukan gergasi Liga Perdana England itu bertemu buat kali  pertama musim ini di Old Trafford esok.Dendam ketika tewas dalam tiga perlawanan terakhir musim lalu iaitu  Liga Juara-Juara Eropah dan liga domestik ternyata tidak pernah padam.Biarpun menyedari mereka kali ini turun sebagai underdog dan  bakal berdepan barisan garang United yang telah menjaringkan 18 gol  dalam empat perlawanan setakat ini, skuad bimbingan Andre Villa-Boas itu  punya alasan tersendiri untuk meningkatkan keyakinan mereka.
Menurut pemain pertahanan, Branislav Ivanovic, dalam bola sepak, apa  sahaja boleh berlaku di mana pengalaman mereka musim lalu menjadi bukti  terbaik untuk menyekat United."Awal musim lalu, kami berjaya menjaringkan 17 gol dalam empat perlawanan pertama. Namun, kami merosot tiba-tiba selepas itu."Situasi sama dilalui United sekarang. Jadi kami mahu menjadi pasukan yang berjaya mematikan terus semangat pemain United.
"Kami punya idea sendiri untuk melakukannya dan akan  menterjemahkannya di atas padang nanti. Sukar itu memanglah cuma kami  perlu berikan tumpuan lebih seratus peratus untuk melakukannya," kata  pemain dari Serbia itu.Jika menang kata Ivanovic, Chelsea mampu melakukan lonjakan hebat di  samping meninggalkan parut yang mendalam kepada United untuk menghadapi  saingan seterusnya.
"Ini ujian besar pertama kami musim ini untuk melihat bagaimana kami  boleh mening- kat, memberikan yang terbaik dan mencatat keputusan yang  diperlukan," tegasnya.Cabaran barisan pertahanan Chelsea sudah pasti untuk menyekat Wayne  Rooney yang sedang berada di puncak prestasi dalam mencipta jaringan.
Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson bercadang menyenaraikan  semula penjaga gol, David de Gea dan pemain sayap lincah, Ashley Young  dalam kesebelasan utamanya selepas direhatkan ketika seri 1-1 dengan  Benfica dalam Liga Juara-Juara Eropah.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan