ANDRE Villas-Boas (AVB) memberi amaran kepada semua pemain kelab itu  terutama Frank Lampard bahawa tiada sesiapa di kelab itu diberi  keutamaan dalam barisan kesebelasan utama menjelang perlawanan akan  datang.  Menurut AVB, dia amat mementingkan prestasi semasa pemain itu  berbanding reputasi yang diterimanya meskipun Lampard menjaringkan satu  gol baru-baru ini.
Lampard sebelum ini dikatakan tidak berpuas hati apabila dia  hanya duduk dibangku simpanan ketika The Blues meraikan kemenangan 4-1  ke atas Swansea City, Sabtu lalu dengan  alasan diberi AVB untuk mencari  pemain yang sesuai digandingkan dengan Fernando Torres. 
Torres juga dikatakan tidak serasi dengan Lampard. Bahkan  Florent Malouda dan Salomon Kalou dikhabarkan sukar mendapat tempat  dalam barisan utama berikutan tiada persefahaman dengan pemain Sepanyol  itu.
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan